Bagi tetamu yang ingin merasai suasana kampung yang tidak tersentuh oleh bunyi bising dan kesibukkan kota, Min Homestay adalah pilihan yang sesuai. Melawat ke Kampung Pulau dan merasai kehidupan sederhana secara tradisional dalam lawatan yang singkat. Min Homestay sesuai untuk tetamu yang mencari ketenangan dan mencintai alam sekitar, juga sesuai untuk kunjungan sekeluarga. Kampung Pulau menanti kedatangan anda untuk diterokai dan beristirehat.

Kebanyakan tetamu kami merupakan keluarga, sahabat dan juga pelajar serta pesakit di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Kami juga menerima tetamu yang sedang menjalani terapi di HUSM untuk tempoh masa yang lama.

Kelebihan Min Homestay

1/ Parking kereta yang luas dan berbumbung.
2/ Halaman rumah berpagar dan dikunci setiap malam (Kunci pintu pagar disediakan bersama kunci bilik).
3/ Halaman rumah diterangi dengan lampu jalan.
4/ Kedai runcit bersebelahan Min Homestay.
5/ Daftar keluar boleh dilewatkan sehingga 5 petang jika tiada tetamu yang menempah di bilik tersebut untuk hari berikutnya.
6/ Cadar dan tuala ditukar setiap hari
7/ Sabun mandi disediakan.
8/ Tambahan bantal dan selimut disediakan dengan harga paling minima.
9/ ‘Outdoor kitchen’ menyediakan peralatan memasak, dapur dan peti sejuk secara percuma kepada tetamu.
10/ Mesin basuh juga disediakan secara percuma.
11/ Talian internet (wi-fi) juga disediakan secara percuma (ID: Min Homestay Territory; passkey: ABCDE)
12/ Kemudahan kenderaan setiap masa kepada tetamu yang tiada kenderaan untuk berulang alik ke hospital.
13/ Kemudahan kenderaan disediakan dari stesen bas / lapangan terbang.
13/ Makanan pagi disediakan tanpa bayaran tambahan kepada tetamu yang menempah semua bilik pada satu - satu masa.
14/ Keadaan bilik dan bilik air mesra OKU dan warga emas. Sesuai untuk mereka yang berkerusi roda.
15/ Kerusi roda disediakan secara percuma kepada yang memerlukan.


No Comments to “Pendahuluan”  

  1. No Comments

Leave a Reply