iPhone adalah antara phone paling lama wan pakai. Sejak March 2008. Dah masuk 6 bulan kekal dengan phone ini. Ianya masih lagi unik, jarang dipakai di Malaysia dan masih kekal stylish dia.
Last week, masa download software baru, jumpa satu software yang agak menarik: iPhone Heart Monitor

Application ni guna inbuilt microphone untuk mendengar dan detact kita punya denyutan jantung. KIta hanya perlu letakkan iPhone di dada untuk check denyutan jantung menggunakan headphone microphone.
Menarik kan?

Yoyooh.com menganjurkan pertandingan menulis cerita mengenai hari raya !!
Tema 1:
Bajet Raya - Perancangan, perbelanjaan & kesannya selepas raya.
Tema 2:
Diari Syawal - Pengalamanku
(Kategori ini memerlukan anda menyertakan gambar-gambar yang menarik).
Tema 3:
Pengertian Syawal pada generasi muda masa kini - Beza Raya dulu & sekarang.
- Artikel boleh ditulis di dalam Bahasa Malaysia / Inggeris.
- Panjang setiap artikel adalah tidak melebihi daripada 3000 patah perkataan.
- Setiap artikel yang dihantar mestilah merupakan karya ciptaan yang asli dan belum pernah diterbitkan, disiarkan atau dicetak dalam mana-mana media, laman web dan majalah, bukan karya terjemahan dan bukan karya saduran atau apa sahaja pengertian yang boleh menyebabkan karya itu bukan karya asli.
- Pemenang akan dipilih untuk setiap kategori.
- Artikel yang tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.
- Semua keputusan panel adalah muktamad.
ntry ini khas untuk getah. walaupun ini blog wenkt, tapi kawan baik saya ialah ello. kawan baik.
Hari: Khamis, 09 Oct 2008
Jam: 11 pagi hingga 1 tgh hari (kluar lunch)
Plan asalnya ialah nak kluar time lunch tapi ada customer nak jumpa. Customer dari jauh, janji jumpa pukul 12.30 tgh hari kat Concorde Hotel. Food’s on the company beb. Print out data yang perlu share dgn customer, then ready to out. Memang plan asal nak quick lunch dgn Ello tapi since customer nk jumpa pun waktu lunch, wan kene awalkan our lunch date lunch.
Dah lama deh tak jumpa ello. since balik raya 26hb dulu. dah 14 hari. rindu tahap dewa dah hahaha. Hari raya ke sembilan baru nak beraya lak kan. Amik Ello, then kami plan ke SACC Mall, tapi since SACC mall tu bosan tahap dewa, wan cadangkan ke Jusco Bukit Raja. Lagipun ianya lagi dekat dgn UiTM berbanding SACC Mall.
Tetiba banyak lak plan nak kene settlekan dalam 1jam30min ni. Nak beli contact lens, potong rambut, dan wan nak beli seluar trek. Kene bersukan beb. Jangan asyik makan, buat duit, makan, buat duit je.

ello.&.me masa pilih contact lens. His eyes now warna brown!
After that kene gunting rambut. Rambut dia macam guinea pig dah.

rambut sebelum gunting rambut.

masa tengah gunting rambut

ello.muka.serious. ni je time dia serious wan rasa. hahah

dan kembali ceria sebelum kene vacuum…

kami. after quick cut. very quick. 10min je.
Then pergi beli seluar trek. Beli hanger sekali. Kalau ikut hati, sepanjang laluan ke kaunter bayaran tu ada je benda yang nak dibeli kan. Heheh.
Tetiba dia ternampak benda ni.

dia nak benda ni!

kene letak balik! matilah ello sentap bila wan bertegas. nasib baik ello tak berenang atas lantai jusco tu. hahaha
*matilah kalau tetiba getah pergi belikan benda tu kat ello. kitaorang main2 je, tak der saper yg nak main benda tu kat Kolej Kenanga tu. Hahahah. Tetiba rasa macam update blog gaya redmummy melayan anak dia lak. hahahaha
Then kami lunch kat Old Town White Coffee. Semua tengah feeling diet, makan yang light2 je. Jimat duit aku gak la. Hahahha. MAsa lunch, office call bgtau my beloved customer dah sampai opis. Aisyeh! Terpaksa la bekejar masuk opis. TApi since my guest tu cakap dia yg datang awal, then dia boleh tunggu 45min, maka boleh la makan dengan tenang gak.

lunch. besar giler wan skrg. ampun…..

pose dgn rambut baru.
Lepas tu terus anta Ello kat UiTM. Then terus bergegas ke office. PArking kereta, then jumpa my guest. To korea december nanti. 7 orang. Plan asal nak cari dia kat Concorde, tapi encik tu dah sampai kat my office. Dah la minuman kat office dah abih bofore puasa, tak beli2 lagi. Tak terhidang air la jawapnya.

me as an accountant.
Kalau dulu, masa kecik2, wan wish agar kat sebelah wan ada mesin ATM. Senang nak withdraw duit. MAsa kecik dulu mana fikir susah nak cari duit, tau mintak dengan parents je.. Tapi bila dah besar kerja sendiri, baru tau susahnya nak cari duit. baru terfikir bahawa wan memerlukan mesin cash deposit berbanding mesin ATM. Bukannya apa, wan baru je keluar ke Maybank tadi. Keluar dgn Ello, masuk opis dan keluar balik ke Maybank. Tak suka la pegang cash banyak2. Nasib baik maybank tak jauh sangat.
Dah la. Sekarang waktu kerja. Kene kerja (sbb biasanya wan kerja kat rumah time malam2 via internet, maka kerja kat opis kat kurang skit). Buzz.
Kelakar bila balik Raya, dengar orang kampung berbicara pasal politik. Orang kampung yang hanya duduk di kampung. Bersemangat lebih, tapi takder cerita sebenar. Ulang ulang idea sama, cerita sama. Pandangan berbeza dengan orang kampung yang masuk bilik menteri dan orang kampung yang rapat dengan driver menteri.
Ramai orang minta saya komen pasal pengangguhan Majlis Tertinggi UMNO dari Disember 2008 kepada Mac 2009. Saya kata, ianya mungkin sebab Presiden Umno dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan lebih awal dengan perhimpunan agung tahunan.
Tapi ianya sebenarnya keputusan peribadi, dengan mengenepikan pilihan dan kehendak ahli parti yang lain. Mungkin kepentingan peribadi menyebabkan mereka menunda pemilihan ini. Tapi kita masih tertanya, kalau ya pun nak letak jawatan ke apa ke, kenapa perlu tangguh? (i mean, tangguh persidangan agung tahunan, dan bukannya tangguh lepas jawatan).
Pemilihan 2009 adalah antara yang menarik. Kalau dulu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dimenangi oleh Abdullah dan Najib tanpa bertanding. Tidak ada pencabar. Tahun 2004, Pak Lah dan Najib menang mudah.
Tahun hadapan, Tengku Razaleigh Hamzah sudah menawarkan diri untuk bertanding Presiden. Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk Timbalan Presiden.
Beberapa hari lepas, Ahmad Zahid Hamidi juga menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Kemudian, Muhammad Muhammad Taib juga berminat untuk bertanding.
Nampaknya Najib dah ada pencabar: Muhyiddin, Zahid Hamidi dan Muhammad. Itupun kalau Pak Lah nak bertanding Presiden dan Najib tak melawan ayah, maka dia bertanding Timbalan Presiden.
Anda nampak konflik di sini? Muhyiddin kritik Pak Lah, dan dua kawan baik Pak Lah (zahid Hamidi dan Muhammad) ibarat disuruh untuk menentang Muhyiddin (apabila Najib naik kepada Presiden). Zahid tidak mungkin menentang Najib, sebab mereka ialah kawan baik. Pak Lah tidak bagi sebarang komen sama ada nak kekalkan jawatan presiden atau tidak, dan dalam masa yang sama, Najib tetap berdiam diri.
Ianya juga jalan yang sukar untuk Najib. Najib tak semestinya menang jawatan Presiden tanpa bertanding. Najib perlu melawan Tengku Razaleigh, juga Najib perlu mendapat percalonan minimum 58 bahagian. Kalau Pak Lah terus bertanding Presiden, Najib tidak akan melawan, Tengku Razaleigh akan menang (jika ikut keadaan semasa).
Namun, kalau Pak Lah berundur (seperti ramai fikir), adakah Najib cukup 58 percalonan?
P/S: Actually bosan pasal percalonan Mac ni. Sebab lambat agi. Nanti kita berkampung sama-sama la nanti ye.
Lokasi: ASia Cafe, SS15
Tarikh: 7 Oktober @ 8pm
Shain ajak lepak dengan Karl. Karl memang tinggal di Subang Jaya dan dia nak jumpa seseorang pukul 10.30malam, maka kitaorang plan jumpa Karl kat Subang Jaya je la. Invite Israq as well. Chery dan Sham pun turut sama. Total 5 orang satu kereta lah!
Jumpa Karl di McD SS15, then kami ke Asia Cafe. Dah lama dengar pasal Asia Cafe ni, dah banyak bloggers dan forumers cerita pasal Asia Cafe ni, tapi ni first time wan ke sana.
Asia Cafe ialah food court kat SS15, Subang Jaya. Besar giler. Sangat besar. BErkonsepkan stalls, penuh dengan gerai-gerai. Tapi perlu berhati-hati, sebab kawasan ni bercampur antara gerai-gerai halal dan juga tidak halal. Sebelah ni jual ikan bakar, nasi lemak dan kedai sebelah ada jual pork ribs. Susah juga nak bezakan kedai halal dan bukan halal kalau tidak bertanya. Sebab logo halal yaang diletakkan sangat kecil dan anda mungkin confuse bila tak jumpa logo halal di kedai Thailand! Sebab normally kita makan tomyam yang kita gerenti halal tapi di sini, ianya agak memeningkan.
Selain dari itu, ianya memang tempat yang best. DVD dijual secara terbuka, penjual buah lalu lalang. Tempat makan ada yang open air, ada yang berkonsepkan bar dan club house, dan ada juga yang berbumbung. Nice place to hang out lah.

apple juice, watermelon juice, orange juice dan israq.

israq & sham

shain
Wan order australian lamb chop. Sedap tapi daging dia nipis sangat. Shain order nasi goreng ayam apa ntah dari thailand stall. Karl order Chicken Maryland, dari gerai western sama dengan wan. Sham dan Israq lak order Italian foods. Nampaknya Shain sorang je yang asia. Semua yang lain western. Patutnya nama termpat ni jadi World Cafe dan bukannya Asia Cafe.
Yang penting, seronok. Takkan jumpa tempat best cam ni kalau korang kerja kat Bangi.
Lokasi: Di sebuah service condominium near KLCC
Tarikh: 6 Oktober 2008, jam 8 malam
Sorang kawan dan couple dia invite wan ke party ni. SImple. Buat dalam service condo di sebuah hotel near KLCC. Plan asal nak ajak Ello, tapi Ello still tak balik ke Shah Alam, wan pun invite lah Shain. Kitaorang bertolak dari Shah Alam jam 7 malam, sampai kat KL around 8pm. sejam yang bermakna untuk saling mengenali dengan lebih mendalam lagi, since sebelum ni kami hanya jumpa time lepak2 sesama kat kopitiam waktu malam je. Parking kat bawah hotel, then terus ke bilik 1104.
Bellboy: Bilik berapa?
Wan: 1104
Bellboy: Member buat open house raya ke?
Wan: Tak der la, jumpa member je.
Bellboy: Macam open house raya je
Wan: Tak, jumpa member je.
Bellboy: Isi buku dulu ye.
Masa tengok buku tu, bila tengok senarai pelawat, semua isi no bilik yang sama! Sah sah la bukan setakat jumpa member. Ianya member buat party open house raya dalam bilik! hahahha
Ramai juga yang datang. Wan cuma kenal my friend dan Shain je la. Kemudian mulalah membina network baru. Membesarkan lagi coverage kekawang. Kelakarnya, kebanyakkan mereka tinggal kat Subang dan Shah Alam. Simply cakap kat my fren, next year buat kat Shah Alam je la. Hahaha. peace!
Sebenarnya, bila berada dalam ruang tertutup macam tu, dengan semua berbaju melayu, dengan koleksi lagu raya, dengan biskut raya. barulah terasa Raya. Sebijik macam kat France, 2-3 years ago! BAru dapat feeling hari raya. Maybe ini gaya remaja sambut raya kot.

homemade spaghetti, satay, lemang dan paling best: blackpepper ayam panggang!

bergambar sebelum makan

….

majlis beramah mesra
Yang datang adalah kawan2 kepada kawan wan, dan juga kawan2 kepada couple dia. So, kebanyakkan kami tak mengenali antara satu sama lain. Masa makan memang masa yang terbaik untuk saling berkenalan.

sham, shain & karl

cupcakes oleh Karl
Karl buat cupcakes ni. Dia jual RM50 untuk 36 bijik. Yang penting, corak dia sangat menarik dan warna dia sangat berani. Karl kata, pernah orang tempah warna hitam! Memang berani mati punya warna. Ramai yang prefer warna biru sebab berani mati. Hahaha
Kalau nak tempah cupcakes, order from Karl: 0123222643